Sinkof Sinkope

Berfikir juga saya nak namakan entri ini apa. Sinkof-sinkof. Sinkope-sinkope. Atau Sinkof sahaja. Atau Sinkope saja. Tapi perkataan sinkope tak berapa sedap disebut.

Jap, cam mana benda ni boleh ada dua cara eja macam perkataan ejen dan agen. Cam mana bhai? Dan kenapa ejen dan agen ada dua makna berbeza. Editor (editor Malaysia lebih gemar swagelar sebagai editor berbanding penyunting padahal editor perkataan pinjaman 🙊) marah-marah lak tu bila penulis salah guna. Pahal doh?

Kenapa editor mahu penulis menjadi kambing kepada DBP — DBP-lah en yang iktiraf agen dan ejen tu lain maknanya kan? En, en? — yang tak seragamkan saja keduanya mempunyai makna yang sama? Apa rasionalnya kebiseragaman ini?

Bukankah ejaan lama seperti chermin ditukar kepada cermin demi menyeragamkan sistem ejaan antara Indonesia-Malaysia yang dipengaruhi sistem ejaan Belanda?

Jika saya salah, saya ada pencinta bahasa (baca: anda) untuk betulkan 😘

Sinkof dan sinkope. Pertama kali saya mendengar perkataan ini pada tingkatan 1 dalam kelas Bahasa Melayu yang dalam silibusnya ada KOMSAS. KOMSAS ni dilawan Muhammad Haji Salleh. Lupa lak kenapa.

Dalam KOMSAS sinkof-sinkope yang diajar ialah:

tidak = tak
sahaja = saja = je
kamu = mu
engkau = kau
tetapi = tapi
kejap = jap

dan lain-lain lagi yang saya tidak ingat.

Bahasa berubah dan bertambah. Berikut adalah yang saya rasa sinkof-sinkof moden:

lek = relaks
apa benda = amende/mende
pergi = gi
pulak = lak
okey = k
bodoh = doh
pukul = kul
hisap rokok = sapkok
lahanat = hanat
pukimak = kimak
gerak = rak
dahulu = dulu = lu
apa-apa = pape

Tak ada apa-apa pun entri kali ni, sekadar terfikir.

Ulasan

Catat Ulasan

Jujurlah.

Catatan Popular