Alam Lucah

Dari album Arctic Monkeys

Bayangkan alam. Bayangkan sebuah kelucahan. Sudah? Bagus.

Di dalam Kamus Dewan, alam diterangkan sebagai;
2. segala yg ada di langit dan di bumi (bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga yg ada, dll)

Manakala lucah pula:
hina, keji, sangat rendah, tidak senonoh, tidak sopan: kata-kata ~; perempuan ~ pelacur; kelucahan kecabulan, kehinaan, kekejian.

Jika kita ikut pemaknaan DBP; iPhone itu alam, kereta itu alam, kapal terbang yang berada di udara  itu alam, rambut palsu isteri Mahathir juga alam. Tahi itu jijik, rasuah itu keji, memaki hamun itu tidak sopan dan harga minyak tak pernah lucah tetapi adakah pemaknaan ini sama seperti yang anda bayangkan ketika saya meminta anda membayangkan keduanya?

Di sini bukanlah saya ingin katakan DBP atau kita salah cuma kita perlu sedar DBP masih belum lagi memasukkan pemaknaan baru (kerana kebebalan mereka) kepada sebahagian perkataan-perkataan di dalam Kamus Dewan. Kesedaran ini penting buat penulis dan pembaca yang sering mengatakan, "Perkataan ni tak ada dalam Kamus Dewan!" atau "Kamus Dewan punya maksud lain!" walhal...

Pesan saya kepada golongan itu, lek-lek sudah.

Ulasan

Catatan Popular