Mempertikai Buku Puisi Pilihan Wan Nor Azriq


Karl Agan.

Karim Mohd tanya aku kenapa Wan Nor Azriq memilih Karl Agan. Sedangkan bagi dia sekitar tahun yang sama kala bukunya Sekumpulan Epitaf & Surat-surat Yang Lewat diterbitkan Dondang Pembukaan Lutfi Ishak jauh lebih baik dari beberapa sisi. Aku bersetuju juga. Tapi bergantung kepada sisi yang kita lihat.

Dan aku kata sebab Azriq pembaca yang akan tergiur dengan kematian. Lihat apa yang Azriq telah ungkapkan pasal Chairil Anwar. Penyair yang menunda mati. Azriq menangis berkali-kali kala membaca Knausgaard yang borak pasal kematian bapak dia. Apa lagi eh aku tak ingat. Pendek kata Azriq adalah pembaca eksistensial. Karl Agan memuaskan Azriq dari sudut ini. Lah kalau macam tu akulah penyair yang paling bagus sekali sekarang kata Karim. Boleh jadi Rim, boleh jadi.

Tapi sebelum tu kita kena tengok pula hal-hal lain yang selalu Azriq canangkan perihal puisi (malah sastra) yang bagus. Sepertimana mana-mana kritikus dalam dunia, Azriq ingin sesuatu yang baru. Baru di sini bukan sekadar isi (bagi aku isi Dondang lebih bagus berbanding Epitaf) tetapi penciptaan baris, bahasa dan imej dan masalahnya buku Lutfi adalah ini. Puisi-puisi ala sufinya cuma mengulang-ulang imej dan objek sama dari tradisi penulisan sufisme. Sufi ala Lutfi ndak dilokalkan. Lihat saja pemilihan perkataannya — gurun, sahara, narwastu, kaktus! Benda-benda yang tak bersifat Malaysia bersepah. Dan ruang-ruang. Setiap kali pasar digunakan aku tak membayangkan pasar basah dekat Seksyen 6, Shah Alam tetapi pasar Baghdad dalam kartun Aladdin Disney. Macam mana benda ni terjadi adalah disebabkan imej-imej yang Lutfi gunakan tadi. Jadi deduksi aku walaupun puisi di dalam tu sedap dari sudut ini ia ditolak Azriq. Satu elemen telah mencacatkan pandangan.

Yang Lutfi tidak dapat tangkap perihal puisi sufi: ia peribadi dan bersifat semasa. Kalau penyair sufi menggunakan imej pelita maka ia masuk akal sebab dah memang zaman tu guna pelita. Bila Lutfi guna aku kurang percaya sikit. Baik pakai je lampu kalimantang atau mentol Mr. DIY.

Ini juga berkait dengan bayang penyair lain. Bahasa Kafe dan Dondang ada jurang bahasa yang sangat berbeza. KeMalaysiaan Lutfi Kafe belum tercemar lagiDondang pekat dengan bayang penyair sufi yang Lutfi telah baca. Bahasa Karl Agan agak susah kita nak jejak ia datang daripada mana. Ada sesiapa boleh carikan sila-sila.

Susah nak bercakap tentang puisi Malaysia sekarang tanpa kedengaran sinikal dan pesimistik. Antara soalan saya selalu dengar, "Apa yang kau inginkan daripada puisi Malaysia?" Satu jawapan mudah tanpa berfikir panjang adalah saya inginkan puisi Malaysia bebas sepenuhnya daripada bayang puisi Indonesia. Kemudian saya inginkan bahasa puisi baru yang bukan lagi bahasa Usman Awang, T. Alias Taib, dan Muhammad Haji Salleh. 

— Penyair Berbulu Merak, Wan Nor Azriq

Dan sebab tu kau bukan penyair terbaik Malaysia sekarang ni Rim (dalam konteks ini) sebab kau terlalu Latiff dalam Nokturna. Wkwk.

tl;dr: Azriq seeksistensialis pembaca, pencari bahasa baru, pencari lokaliti dan penolak bayang.

Yang buat aku bengkek sekarang ni adalah Karim sudah ada buku pilihan dia sendiri. Dan kenapa dia tak tulis. Dia tak perlu bagitau pun yang dia tak bersetuju dengan Azriq. Dia hanya perlu muatnaik dekat insta atau FB palsunya itu: ini adalah buku puisi Malaysia yang terbaik buat aku. Mudah. Gampang. Buat aku sendiri aku akan petik Holokos. Pilihan aku ini sedang mempertikaikan korang dua.

Penyorotan sesuatu adalah pertikaian tidak langsung terhadap sorotan orang lain.

Dalam sebuah senarai Ridhwan Saidi meletakkan Opera sebagai naskhah terbaik T. Alias Taib manakala Azriq pernah ungkapkan bahawa Piramidlah buku beliau yang paling bagus. Ridhwan mempertikai Azriq tanpa perlu pun menyebut nama dia. Hanya melalui senarai.


Ulasan

Catatan Popular