Tanda Petik Nan Poyo


Baru habis baca cerita Makhluk Berpurdah di Lorong Gelap di blog binfilem.

Dialog di dalam cerita ini tiada tanda petik. Ia werk.

Dalam sastera, penulisan yang paling tak memerlukan tanda petik (dialog kita ketepikan jap) adalah puisi. Kerana tanda petik menunjukkan lapisan makna dan puisi sentiasa memberi kita lapisan. Penulis yang mahir saja akan dapat mengecap nikmat menggunakan tanda petik. Rata-rata gagal dan tulisannya menjadi bebal. Ia bebal kerana penulis gagalis ini rasa mereka telah memberi kita sesuatu tapi sebenarnya tanpanya pun kita boleh dapat. Penulis jenis ini ditawan superioriti.

Bila kita menulis kita bukan saja mencari perkataan dan ayat terbaik. Kita juga mencari huruf. Huruf membina perkataan, perkataan membina ayat sehinggalah menjadi sebuah tulisan lengkap. Persis membina rumah.

Di dalam pemilihan ini paling koman ada tiga kesedapan: i) sedap dilafaz ii) sedap didengar dan ramai yang tak sedar iii) sedap mata memandang.

Saya ada terbaca sebuah esei tulisan Hafizol Hakami di SelangorKini dan tulisannya itu terlalu banyak tanda petik.  Ia mengganggu penglihatan dan intelektual. Hafizol bukan saja bersikap poyo malah menghodohkan lagi tulisannya. Mata kepala dan mata hati saya sakit. Sedangkan kalau buang semua tanda-tanda itu, kita boleh hargai lagi pandangan dan keperibadiannya terlindung.

Kalau nak guna juga tanda petik ini ada satu cara saja: berani gagal.

Orang berilmu akan share ilmu dengan cara paling subtle mana sekali pun manakala orang yang ketara ‘merahsiakan’ ilmu cuma gimik. ~ ridhwan saidi

Ulasan

Catatan Popular