Penulis Kelkatu


Syafiq Ghazali ni dia dah ada dia punya identiti penulisan nan tersendiri. Yang paling utama adalah pemilihan tajuk cerpen yang tak ada kena-mengena sangat pun dengan cerita yang dia bawa.

Saya baru habis lepak sebenarnya ni. Bateri fon habis. Masuk je bilik saya terus dapatkan wayar pengecas tiruan dan mencapai SelangorKini isu terbaru dan baca cerpen Syafiq untuk tunggu telefon saya dicas pada tahap kuasa yang boleh saya gunakan.

Kelkatu dan kopi; dua imej yang menjadi pilihan tajuk cuma hadir pada perenggan awal. Kemudian watak dia pergi pantai dan merenung alam. Cerita digerakkan dengan persoalan-persoalan yang menembak kepala otak watak berdasarkan imej-imej penulis lain: Sapardi, Shahnon, Goenawan, Woody Allen (pengarah) dan siapa entah lagi. Kemudian watak itu pula yang memberi kita persoalan bertitik tolak dari imej-imej tersebut.

Nilah masalah penulis sekarang. Homaj tak bertempat. Bagi saya lah en, bila kita melakukan homaj paling-paling pun kita mencuba untuk berdiri setanding dengan penulis/karya yang dihomajkan. Perasaan untuk mengalahkan penulis yang kita suka itu harus ada. Sebab bila karya sedia ada dan karya kita diletakkan sebelah-menyebelah — dalam kes Syafiq ini homajan diletakkan dalam satu perenggan — karya kita hancur. Bayang penulis lain akan menutup terus bayang kita. Dan kita sebenarnya lemah kerana menumpang kekuatan karya orang lain.

Yang benar-benar kuat di dalam cerpen ini cuma satu saja: nombor 13A.

Jika gaya ini diteruskan, Syafiq Ghazali hanyalah kelkatu di dalam cawan penulis-penulis lain. Ia muncul di permulaan cerita, cuba dihidupkan namun terus mampus.

Ulasan

Catatan Popular