Keluhan Tentang Perkataan

Masih lagi di Edisi Keempat smh smh.

Tujuan asal kamus adalah pendokumentasian dan tujuan pendokumentasian adalah untuk dijadikan rujukan. Maka kamus bukan untuk menjadi anutan.

Pendokumentasian memerlukan bahan yang sudah ada. Bukan mengadakan sesuatu yang tiada.

DBP sudah lari jauh dari konsep ini. Untuk memahaminya, anda perlu baca prakata Kamus Dewan. Bukan perlu tetapi mesti. Selama ini saya rasa meletakkan kemestian adalah sesuatu yang sangat jahat. Misalnya sajak mesti ada metafora tetapi memikirkan keparahan perkembangan perkataan di  Malaysia, saya ia perlu. Eh, maksud saya mesti. Mesti meletakkan kemestian dalam hal ini. Malas saya nak sisipkannya di sini dengan anggapan bahawa anda — pencinta bahasa Melayu (yucksss *emoji muntah hijau* (sudah adakah emoji ini?)) — ada menyimpannya (sekadar simpan, juga sekadar anggapan) di rak berhabuk anda atau anda tiada rak dan hanya menjadikannya menara disandarkan pada dinding rumah? Atau anda meletakkan buku-buku anda di bawah katil seperti saya waktu di sekolah asrama dulu? Kawan sekiub saya selalu menegur katanya itu tidak baik kerana buku diletak di bawah tempat perbaringan.

Di mana Kamus Dewan anda?

Baik, terus ke poin seterusnya — sekali lagi dengan anggapan anda sudah baca prakata itu — tentang DBP dan perkataan-perkataan baru. Swafoto, tunafoto, nirtunai dan apa lagi ya? Saya tidak ikut sangat hal ini. Masih relevankah DBP? Jap, kenapa ramai benar yang menuhankan DBP? Mengapa perlu tunggu DBP untuk memberikan kita wahyu lagi-lagi bab perkataan ini? Mengapa rasa berdosa menggunakan perkataan yang tidak selari dengan definisi digariskan mereka? Like, wtf. Anda sudah gila? Anda gila atau bodoh? Serius saya rasa anda bodoh. Maaflah, saya bukan orang apologetik. Maaf saya tadi tu pun retorik. Kependekan ‘tu’ sudah diiktiraf belum sebagai sinkof? Lek untuk relaks? Atau anda dan DBP tidak sedar itu adalah sinkof? Anda kan pencinta bahasa.

Saya boleh menerima perkataan nirtunai dan apa lancau lagi perkataan yang diwujudkan dengan syarat tiada pemaksaan. Contohnya  adalah bila seseorang ditegur si pencinta bahasa bahawa perkataan yang digunakannya tidak terkandung dan selari dengan Kamus Dewan. Dia itu dipaksa menjadi penganut DBP. Kamus Dewan sebagai kitab agung. Pencinta bahasa adalah nabi-nabi pembawa kalimat Tuhan Bahasa iaitu DBP.

Kebebalan DBP dan pakar linguistiknya adalah mereka terus kepada penciptaan perkataan. Ini sebuah kesilapan. Marhaen merasa janggal. Cadangan saya untuk mengurangkan kejanggalan ini adalah dengan memperkenalkan dahulu imbuhan swa, nir dan tuna. Kemudian barulah kepada istilah-istilah yang sesuai untuk digunakan bersama imbuhan itu. Ini tidak. Bila rakyat mengkritik dan memperlekehkan usaha — usaha my ass — ini ada pula ekstremis mempertahankan nabi mereka. Saya merujuk Ayman Rasydan Wong.

Apakah ada diajar kepada murid-murid sekolah nir itu apa, tuna itu apa? Nak faham macam mana bhai kalau macam ni caranya. Jika pelajar sekolah menggunakan imbuhan itu dengan perkataan lain misalnya niragama atau swaseks adakah akan dibulatkan dan ditolak markah?

Ohh teringat pula saya dalam status FB Ayman, beliau menggunakan banyak perkataan pinjaman tetapi menolak terjemahan photobomb sebagai bomfoto. Itu tak apalah. Yang saya nak terangkan di sini ialah kita menggunakan perkataan pinjaman kerana kita sudah biasa menggunakannya sejak kita lahir. Kita tidak merasa janggal atau rasa bersalah.

Saya tak tahu pula nak habiskan entri ini macam mana. Apa-apa pun...

Fak DBP dan agama mereka.

Ulasan

  1. Pertamanya, saudara (atau saudari?) perlu faham bahawa perkataan/imbuhan seperti tuna- dll telah wujud dalam Kamus Dewan sejak lama, kalau nak ambil kes paling teruk pun, sejak edisi keempat iaitu pada 2005. Hanya sebab saudara tidak sedar akan hal ini tak bermaksud itu semua ialah perkataan baru.

    Keduanya, saudara/i perlu faham bahawa ini ialah sebahagian daripada usaha DBP untuk memeribumikan bahasa Melayu. Sedar atau tidak, bahasa ini ialah bahasa yang begitu fleksibel sampai meminjam daripada pelbagai sumber secara wenang-wenangnya tanpa ada satu kaedah tetap. Bahasa tanpa kaedah ialah bahasa tanpa jati diri. Mungkin bahasa Melayu agak miskin kaedah pembentukan kata jika nak dibandingkan dengan bahasa Arab (tasrif) dan bahasa Greek/ bahasa German dll, tapi itulah sebab terkuat untuk kita lebih berhati-hati dalam meminjam perkataan. Seharusnya dimulakan dengan yang paling hampir secara linguistik/historik/geografi dengan Tanah Melayu sebelum menerawang meminjam perkataan Arab dan Inggeris, atau Belanda untuk hal itu. 'Iftar' sewajarnya ditukar kepada 'sungkai' (bahasa suku apa entah, di pedalaman Sarawak).

    Ketiga, saya setuju kalau DBP tidak patut jadi autoriti tunggal kepada bahasa Melayu, tapi bukan bererti saya menyokong saudara bahawa tidak patut ada autoriti langsung dalam bab bahasa ini. Tapi itulah, bolehkah pada suatu masa nanti wujud sebuah badan linguis melayu yang mengusahakan kamus alternatif kepada kepustakaan bahasa ini sebagai saingan sihat untuk DBP sebagaimana halnya kamus Oxford dan kamus Merriam-Webster? Setiap disiplin ilmu perlu kepada pasaknya, dan pasak dalam bahasa ialah kamus dan badan perkamusan. Ini bukan soal 'tuhan' atau 'wahyu', tapi soal kelangsungan identiti bangsa dan bahasa. Lihat bahasa-bahasa yang tak dibukukan, atau tak dapat dibukukan seperti bahasa siul 'Sylbo', ia semakin hilang.

    Marhaen berasa janggal kerana marhaen punya kesedaran sosial (termasuk kesedaran berbahasa) yang sangat rendah. Dan, mengkritik DBP, jika kritikan itu bernas, tidaklah disangkalkan. Ramai saja mengkritik DBP sebelum ini, tidak ada pula yang jadi mangsa keesktriman seperti yang saudara gambarkan.

    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduhai. Tuna, swa dan nir saya sedar ia telah lama wujud. Anda tersilap membaca entri saya. Tunafoto itu yang saya maksudkan baru. Bagus, nampaknya anda ada Kamus Dewan dan sedar kamus itu sudah lama tidak dikemaskini. 2005? 12 tahun lalu tu saudara.

      Anda ada bercakap tentang kaedah. Dan lihat saja kaedah DBP dengan istilah-istilah baru ini. Kaedah perkenalan mereka telah terlangkau satu langkah iaitu pengenalan kepada masyarakat tentang kewujudan imbuhan-imbuhan lain. Jika langkah ini telah diambil lebih awal, tiadalah saya mengutuk mereka di sini dan tiadalah marhaen merasa janggal.

      Tidaklah pula saya rasa marhaen kesedaran bahasanya rendah. Imbuhan-imbuhan seperti men, meng, per dll mereka menggunakannya dengan baik walau kadang-kadang tersilap dengan imbuhan yang mengelirukan seperti be- atau ber-.

      Tiada mangsa? Melihat dengan lebih lagi saudara. DBP yang menerbitkan buku-buku teks untuk sekolah. Kenapa saya mengungkit hal ini? Kerana rata-rata masyarakat hanya belajar Bahasa Melayu setakat di Tingkatan 5 saja. Mustahillah tiba-tiba saja seseorang itu — yang sudah habis SPM — terlintas di kepalanya 'oh, adakah tidak imbuhan lain selain yang aku belajar di sekolah?' dan adakah buku teks Bahasa Melayu anda ada memuatkan tuna, swa dan nir? Kalau ada, beritahu saya.

      Padam

Catat Ulasan

Jujurlah.

Catatan Popular