500 Hari bersama Summer, 10 Hari bersama...

Antara ruang kesukaan saya: lif.


Dalam keadaan diri yang tidak tahu ingin membuat apa-apa ini, boleh dikatakan hidup saya sekarang dipandu oleh seorang gadis. Saya sambung tonton Game of Thrones — pembukaan musim lima terlalu bosan membuatkan saya maleh gila nak tengok — sebab dia. Saya keluar pagi-pagi cari lontong (bagus juga sebab saya mencarinya dengan berjalan kaki – aktiviti sedap yang sudah lama saya tak buat dan oh, saya berjalan pada waktu pagi – waktu paling nikmat dan paling sukar saya dapat) kerana pada hari sebelum dia bersarapankan makanan itu.

Mungkin ini yang dikatakan muse. Melakukan sesuatu kerana (bukan demi, ya) seseorang.

* * *

Malam ini saya baru habis tonton filem 500 Days of Summer.
Kisah Tom dan Summer yang bertemu di sebuah syarikat pembikin kad ucapan lalu membina hubungan cinta (?) dan persahabatan lelaki-perempuan (?!) yang super klise melalui tontonan wayang, karaoke, perbualan tentang muzik dan hal-hal biasa yang boleh kita temui dalam sebuah perhubungan; window shopping, lepak minum kopi (kalau saya, saya akan pilih teh), berkongsi cerita, berkongsi katil dan semestinya – seks.

Saya tidak faham seks di dalam filem ini. Mengapa Summer bersedia membuka kangkangnya demi Tom walhal Tom sudah di-friendzonenya awal-awal. Saya faham kalau keduanya mengeseks demi nafsu tetapi seks antara keduanya lebih dari itu. Lebih dari itu.

Sebab Summer...

* * *

Tom adalah lelaki bebal. Hampir semua lelaki di dunia ini bebal. Ini mengingatkan saya kepada peristiwa di Twitter pada mana seorang perempuan merejek lelaki hodoh dan warga Twitter mengecamnya kembali. Lelaki akan sentiasa rasa tembok yang diwujudkan perempuan akan dapat dipecahkan. Dan perempuan (rasanya) tidak akan sesekali membiarkan ia runtuh dengan mudah. Tom sedar kewujudan tembok itu dan sentiasa cuba merobohkannya. Tom bawa dia makan malam, Tom bawa dia ke bar, Tom bawa dia ke kedai DVD, Tom membuatkan dia playlist lagu, menghadiahkan buku kegemarannya dan ah banyaklah lagi. Malas pula nak tulis.

Perempuan pula dengan sialnya menunjukkan seolah-olah tembok itu sedikit demi sedikit pecah, lenyap, berkecai: Summer cium Tom, Summer tidur di rumah Tom, Tom tidur di rumah Summer, mereka menonton porno, Summer mengajak Tom mencuba adegan porno yang mereka tonton, mereka itu, mereka ini bagai pasangan bercinta. Apa maknanya ini, Summer? Apa maknanya ini duhai saudari-saudari di luar sana?

Saya tidak akan pernah faham perempuan.

* * *

Kejujuran Summer adalah bagus. Moga ramai gadis sepertinya. Dan moga lebih ramai lelaki tidak gagal seperti Tom.

* * *

Gadis yang saya ceritakan tadi kata dia banyak belajar tentang perhubungan melalui filem ini. Dan perkara terbesar yang  saya belajar ialah bila lelaki telah dizonkawankan: jangan mimpilah nak keluar.

Kepada gadis itu, terima kasih kerana menggerakkan saya untuk melakukan sesuatu ❤

Friendzone is like the mafia, you’ll never get out. ~ Your Favourite Martian

201710040520

Ulasan

  1. xmenotyou ke yang kawanzonkan kau ?

    BalasPadam
  2. Hehehe. Kalau pendapat saya pula, watak Tom adalah refleksi perempuan. Tolak adegan seks, Summer layan dia macam seorang kawan perempuan dan tak lebih dari itu. Pendapat saya lepas ulang tayang beberapa kali filem ini.

    Kadang-kadang, friendzone ni bagus. Saya cakap bagus sebab;

    Tak buang masa, tak buang duit dan tenaga.

    Semoga Fariq jumpa seseorang dan bukan Summer.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jujurlah.

Catatan Popular