Tinder dan Eksistensialisme


Saya mula main Tinder sejak minggu lepas atas saranan seorang kawan. Mulanya saya mempelawa dia untuk menjadi mentor dalam penulisan cerpen — dia prolifik di dalam bidang ini — dan dia kata sebenarnya yang saya perlukan adalah muse dan mencadangkan saya untuk main Tinder, katanya saya akan dapat sesuatu.

* * *

Semalam Tinder menemukan saya dengan sebuah profile milik kawan kepada kawan perempuan saya. Dia ada ciri-ciri gadis yang saya minat dan mulanya saya agak ragu-ragu juga untuk swipe ke kanan tanda saya suka tapi bila saya membaca info profilenya, saya tersentak.

Berbeza dengan gadis-gadis lain yang biasanya menerangkan sebab dan alasan mereka di sana, dia menulis sesuatu yang bertentangan dan cukup simple;

Tell me why are you here.

Saya terus swipe kanan selepas itu!

Walaupun tak match match bermaksud kami sama-sama swipe kanan ke atas akaun masing-masing — saya ingin jawab juga soalannya di sini.

Jadi kenapa saya di sana? Kenapa saya buat akaun Tinder?

Sebenarnya sejak kebelakangan ini saya merasa amat sunyi.

Bila saya terfikirkan sesuatu, saya tiada teman bercerita. Saya tak ada sesiapa untuk saya beritahu apa yang ada di dalam fikiran saya. Projek-projek penulisan saya, tentang masalah hidup, pandangan saya terhadap sesebuah perkara (buku, filem dll). Saya tak ada seseorang untuk saya minta komen tulisan-tulisan saya. Tak ada sesiapa untuk saya ajak teman pergi turun event, tonton wayang atau makan. Tinder telah membuka peluang untuk cari seseorang yang sebegitu tetapi sebenarnya ia lebih banyak memberi harapan palsu. Gadis-gadis yang saya temui di sana rata-ratanya tidak mahu berjumpa bila diajak keluar.

Tetapi yang lebih penting sekali, soalan itu telah membuatkan saya mengalami krisis kewujudan (hahaha macam sial). Ia telah membuat saya terfikir tentang apa yang saya buat sekarang dan kenapa perlunya saya buat benda-benda itu dan apa sebenarnya saya mahu dan kenapa perlunya saya cari seseorang untuk keluarkan saya dari kesunyian?

Kenapa saya ada di Twitter? Kenapa saya tulis sajak? Kenapa saya masih di Facebook? Kenapa saya pergi tonton wayang? Kenapa saya baca buku? What the fuck did I want?

Kenapa saya perlu wujud?

Entahlah tak tahu. Dahlah, saya nak tenangkan diri. Hidup tengah celaru gila babi sekarang ni.

201709260016

Ulasan

  1. Entri yang sangat berkait. Hidup lah dengan dunia sebenar, terima kasih kepada tinder yang akhirnya menjwab banyak soalan tentang hidup. Semoga terus berjaya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jujurlah.

Catatan Popular