Ampuni Daku Tuhan Bahasa

Salah satu penyesalan terbesar saya adalah tidak mendalami bahasa Inggeris dengan baik waktu di sekolah. Saya sampai sekarang tak tahu membezakan apa itu noun dan verb.

Sebabnya terlalu bodoh. Bodoh gila babi. Saya termakan doktrin bahawa bahasa itu bahasa penjajah. Saya dengan semangat nasionalisme bebal menjadi benci terhadap bahasa Inggeris dan menganggap tiada kepentingan untuk saya mendalaminya seperti saya mendalami bahasa Melayu.

Mengatakan bahasa Inggeris adalah bahasa penjajah adalah sangat jahat dan bebal. Apatah lagi termakan dengan propaganda itu. Saya faham bahawa slogan itu (kononnya) ingin memanggil masyarakat untuk mencintai bahasa kebangsaan. Tapi adakah setakat itu? Setakat melaung-laung dan mengajak orang membencinya adakah masyarakat akan mula menggunakan bahasa Melayu dengan baik, dengan betul? Sudah tentu tidak. Lihat saja bagaimana kawan-kawan kita mengeja. Baca ruang-ruang komen bila status berkenaan penggunaan bahasa Melayu ditulis intelektual Facebook. Graduan Oxford yang kecewa dengan Clever Girl pun mengeja macam taik.

Laungan sekadar laungan. Para komentar yang kononnya menyambut seruan mencintai bahasa Melayu pun sekadar beretorik. Komen mereka menunjukkan betapa cintanya mereka pada bahasa Melayu padahal ejaan cam sial.

Kita sepatutnya memberikan renungan tajam kepada mereka yang mengatakan mencintai bahasa Melayu tetapi membenci bahasa Inggeris. Seorang pencinta bahasa Melayu sejati tidak akan membenci bahasa lain malah mengakrabinya pula. Bahasa bukanlah kekasih yang tidak boleh kita curangi. Bahasa adalah tubuh adalah tangan adalah kaki adalah mata adalah hati adalah jantung. Mencintai sebuah tangan tak bermakna akan menjahanamkan kaki.

Kebodohan diri ini saya sedar bila saya mula berjinak-jinak dengan buku berbahasa Inggeris. Bersepah dan berlambak perkataan yang saya tidak faham. Ini belum masuk lagi tentang  ayat. Tatabahasa dan nahunya. Dan sekarang untuk mengeluarkan saya dari masalah ini agak (atau amat?) terlambat. Saya perlu belajar dari mula dan saya perlu membuatnya sendiri.

Ada sesiapa nak biaya saya ke kelas bahasa Inggeris? Atau Israel. Saya bercita-cita untuk pergi ke Israel.

Ulasan

Catat Ulasan

Jujurlah.

Catatan Popular