Farahin W. Pernah Ajak Faisal Tehrani Poligami

https://nurfarahinwahid.blogspot.com/2020/04/ulasan-kumpulan-puisi-mek-bah.html

Kemain horny juga baurasa esei Farahin itu. Apa horny dalam bahasa Melayu. Miang. Kita ulang ayat pertama tadi kali ini dengan kemaskini. Kemain miang juga esei Farahin itu ya. Dah lama saya baca sebenarnya. Entah ton lepas atau ton ini. Kala-kala sedang blogwalking. Tah doh tak ingat. Saya menemuinya kembali setelah saya baca tulisannya tentang siapa tah setelah menghadiri acara di KL.

Dalam resam Melayu perlambangan bahtera akrab dengan percintaan. Terlarang atau tidak. Juga akrab dengan seks 🤫.

Kita hanyut dibuai gelora
Kita layarkan kamar bahtera
Akhirnya tenggelam
Karam di lautan cinta
–Gerhana Cinta Luka (Iklim)

Hati-hati. Tiada hati-hati dalam pemilihan kata-kata Farahin. Apa dia fikir sebenarnya. Sebagai perempuan. Apa dia tidak menghormati isteri Tehrani. Perempuan sesama perempuan. Anak mereka. Mahukah beribu tiri. Sebagai feminis. Bacaan feminisme saya  setakat ini feminis Malaysia menolak poligami. Sangat-sangat menolak. Mungkin saya tak menekuninya lebih dalam lagi. Sangat-sangat. Tidak dalam.

Takkah runtuh itu semua. Dah macam saya pula yang ingin melindungi rang-rangpuan via esei ini.

Ada bahagian pada mana Farahin ingin merotan dirinya sendiri. Saya rasa begitulah psiki rang-rangpuan padakala berlambak-lambak paparan mereka disakiti via nonovel dan dradrama tivi oleh ranglaki. Mereka ingin kesakitan. Oleh lelaki dan diri sendiri dalam hal ehwal begini. Jiwa dan jasadnya. Mereka ingin merasa.

Sesiapa boleh kirakan untuk berapa kali kata nikah dengan segala varian imbuhannya diulang dalam esei itu.

Saya.
Tak.
Sanggup.

Teks sastra juga perlu memikirkan apa yang berada di sebaliknya. Di luar lingkungannya. Kita bukan Barthe. Sekurang-kurangnya saya bukan. Di luar teks itu ada manusia. Di luar teks Farahin bukan saja ada Tehrani. Ada isteri. Ada anak. Ada keluarga yang sedang bahagia. Ada bahteranya sendiri.

Satu kata berkait dengan satu kata lainnya. Satu kata satu hakikat. Hakikatnya apa hakikat di dalam esei Farahin itu.

Rumusnya mudah. Farahin guna kata nikah. Tehrani sudah berkahwin. Farahin tambah nikah lelaki berkahwin sama dengan poligami.

Mudah bukan. Bagai susunan bintang. Saya Taurus tapi saya selalu kata saya Leo.


dari titik ke titik
kutarik satu garis
satu garis hitam dari kembara malam
—Latiff Mohidin

Jadi kenapa perlu menulis sesuatu yang sebegitu.

Ya ia sastra dan sastra akrab dengan perlambangan. Hanya gambaran-gambaran. Permainan kata-kata. Seperti Farahin saya juga ingin bermain.

Dengan kata-kata.

Dia boleh kata begitu. Saya telah pun kata begitu.

Kebetulan saya baru menonton filem pagi tadi. Sefilem yang baik. Tentang Normah yang ditinggal suami seniman atas urusan kerja di Kelantan. Oh ya Kelantan. Negeri yang selalu diserang para wirawan wirawati hak-hak kewanitaan. Jadi suaminya di Kelantan. Dia sempat berlaku curang dengan dua orang lelaki lain di Singapura. Yang pertama sudah beristeri. Yang kedua tidak diketahui.

Saya mengagumi tulisan-tulisan Nieyna J dan wajahnya. Saya terfikir kalau saya tulis seesei mengajaknya bernikah apa pula kata orang walaupun kedua-dua kami belum berumahtangga. Atau saya perlu tunggu dia berkahwin terlebih dahulu barulah esei saya sama tinggi duduknya sama miang sama geloranya dengan esei Farahin.

Tapi itulah apa pula kata orang.

Kalau hendak bermata ayer. Charilah anak dara. Charilah janda. Ini istri orang. Gatal.

—Chinta Kaseh Sayang (1965)

Ulasan

Catatan Popular