Nilaifornia Ni Babi Apa Jack Malik


Jack Malik ni aku perasan dia tengah syok dengan amarika dan hanya syok dengan orang-orang berwarna (macam pantek nak kena guna terma ni tapi dalam konteks amarika ndapa) dan LGBTQ+. Omputih jarang ar dia nak kedepankan di sosial media. Ini aku fikir sebab masalah omputih itu sendiri yang menindas ras-ras dan kelas-kelas yang tak sekulit dengan mereka. Dan Jack pulak aku rasa nak menjadi sebahagian daripada jaguh keadilan sosial dan sebab itu pembaca yang berwarna dan nonhomo lebih menggiurkan Jack Malik. Walaupun aku boleh bersangka baik Jack Malik masih membaca penyair di luar amarika, aku tak nak. Cuma yang buat aku berfikir sikit kenapa setiap kali Jack Malik kongsi buku-buku yang dia baca mesti dari amarika dan kenapa hampir kesemuanya bukan omputih dan dari golongan tertindas tadi.

    Aku dah sampai tahap pada mana kalau ada buku dua penulis Korea Utara dihulur kepada Jack, aku akan kata dia akan pilih warganegara amarika dan bukan yang memegang kad pengenalan Korea Utara itu sendiri.

    Mana-mana penulis berwarna yang ada american dekat belakang — Chinese-american, Italian-american misalnya — itu lebih menaikkan syahwat Jack Malik. Ini memang budaya orang berwarna di sana. Sekurang-kurangnya di sosial media yang memang menjadi pangkalan orang-orang yang dipinggir (juga yang meminggirkan diri) dari masyarakat dalam dunia sebenar.

    Meletakkan leluhur mereka pada setiap laman wiki dan bio Twitter ini adalah demi mempertahankan jati diri dan asal usul nenek moyang mereka yang tak pernah jejak amarika pun. Dan ini yang buat aku tak faham dengan Jack Malik — apa babinya nak forniakan Nilai. Apa benda yang Jack Malik belajar daripada segala penulis berwarna yang dia baca sebenarnya.

    Jack Malik peka atau tidak atas isu Bangsar South. Bila nama ditukar kepada sesuatu yang tiada kena mengena dari segi sejarah dan budaya setempat, ini adalah pengkhianatan kepada identiti dan jati diri mereka yang berada di situ.

    Setiap kali Jack Malik menggunapakai Nilaifornia, dia bukan saja mengkhianati diri dia sendiri malah segala penulis yang ada american dekat belakang. Orang-orang tertindas yang dia ikut rapat. Dan orang-orang yang berjuang mempertahankan Nilai itu milik Negeri Sembilan bukannya Selangor. Orang berwarna amarika di sana mahu susur galur mereka dirai dan dikedepankan supaya masyarakat di sana terutamanya waitis memahami perbezaan tindak tanduk, psiki dan psikologi mereka yang dibentuk budaya dan tradisi yang berlainan.

    Jack Malik nak junjung langit amarika buat apa kalau kakinya masih di Malaysia. Kampungnya di Kelantan dan tempat membesarnya di Ipoh.

    Mungkin lepas ni aku akan panggil Jack Malik an Ipohite-Kelantanese-american poet untuk suka-suka.

    Dan aku nak ulang sekali lagi: Nilaifornia ni babi apa Jack Malik.

Ulasan

Catatan Popular