Karim Mohd Ndak Kenal Sia Johan Radzi


Aku tanya Karim hari tu kau tak beli ke buku baru Johan. Dia kata tak beli. Aku tak baca travelog dan takkanlah aku nak beli sebab kawan-kawan. Kedua-dua alasan itu munasabah bah tapi kamon ar. Ini Johan Radzi dan kau tak perlu minat travelog dan semangat setiakawan untuk baca apa-apa yang dia tulis.

Aku pun tak minat travelog dan aku pun tak berminat untuk beli mana-mana buku penulis yang aku kenal atas semata-mata aku berkawan dia. Ini termasuklah kepada penulis-penulis yang aku minat, Ridhwan Saidi, Wan Nor Azriq dan Saat Omar. Saat Omar ada tulis TQ support di sebelah (atau bawah) tandatangan pada buku dia yang aku beli dan aku waktu tu terasa amat janggal. Aku tak mengerti apa yang dimaksudkan dengan support di sini sebab aku tak beli bukunya atas dasar sokongan dan kalau kata sokong, sokong kepada apa.

Sastra mati kalau kau sokong (secara wang) terhadap karya bangang. Duit yang kau ada baik kau gunakan terhadap karya-karya bagus berbanding kawan-kawan kau yang menulis so-so. Menyokong kawan-kawan ni merugikan diri sendiri. Lainlah kau dapat keluarkan ringgit dari celah kelangkang macam kau kencing mak bapak Asia kau yang tegas itu sebab kau nak kongkek dengan padanan Tinder.

Dunia ini dicipta dengan kebetulan dan perselisihan takdir. Ditakdirkan kawe dan Johan berkawan dan ditakdirkan Johan menulis secara bagus. Walaupun ada beberapa karya dia yang kawe ndak gemar tetapi yang mengikat kawe untuk terus baca buah tangan beliau adalah kepekaan bahasa.

Penulis Malaysia terutamanya penulis puisi dan penyair ada nafsu songsang terhadap bahasa Indonesia. Mereka ada kefahaman yang aneh terhadap bahasa. Aku kurang senang dengan mana-mana tulisan yang mengandungi perkataan Indon (lek, member Indon aku pun sebut Indon) dan setiap kali aku mengusik-ngusik mereka di media sosial mereka dengan ceteknya akan menyandarkan aliran darah di dalam tubuh mereka. Alasan ini belum cukup kuat. Pertama sekali apa yang mereka maksudkan di sini ialah bahasa ibunda. Bahasa nenek moyang mereka. Periksa semula, apakah benar bahasa ibunda mereka itu adalah bahasa kebangsaan Indonesia. Sedangkan tok nenek mereka adalah orang Jawa atau Minang atau Banjar atau Makassar. Dan bahasa Makassar, Banjar, Minang dan Jawa tidak sama dengan bahasa Indonesia (walaupun bahasa Indonesia menyerap dari bahasa-bahasa ini). Boleh jadi ada perkataan yang tidak ada pun di dalam bahasa ibunda mereka tetapi ada di dalam bahasa Indonesia. Penyair dan penulis puisi yang saya maksudkan ini selalu tersilap antara bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan.

Salah satu cara untuk mengenal pasti keibundaan mereka adalah dengan meminta mereka melafazkan puisi mereka. Minta mereka sebut satu-satu. Jikalau mereka tidak menyebutnya secara Jawa misalnya sah mereka tidak mengerti apa yang mereka pertahankan. Bagaimana kalau nenek moyang mereka berasal dari Riau tetapi mereka tetap melafazkannya secara Jakarta. Sah mereka ini bodoe.

Ini berbeza dengan Johan Radzi. Di dalam buku Stesen Titik Nol Johan berkongsi sedikit perihal susur galur dirinya. Datuknya orang Minang yang berasal dari Bukit Tinggi. Sepanjang membaca mana-mana tulisan Johan saya senontiasa tidak akan temui dengan kata-kata dari bahasa lain terutamanya Indonesia.

Menariknya Johan tidak menyalib datuknya sebagai penyucian dosa. Yang Johan lakukan adalah demi membuang daki-daki imbuhan yang berlambak di dalam bahasa Melayu. Aku pernah nampak Johan tweet benda ni dan ia diucapkan sekali lagi ketika kami bertemu. Johan kata dalam bahasa Melayu terlalu banyak pe- pe-. Kepekaan beliau bukan setakat cakap-cakap malah beliau berjaya menaklukinya dengan menyerap perkataan di luar korpus bahasa Melayu Malaysia. Pelancong diganti wisata, pemandu diganti supir, pembunuhan beramai-ramai diganti genosida.

Kepekaan Johan Radzi kepada bunyi nampaknya lebih tajam daripada mana-mana penyair kinikala.

Ia tak terhad kepada imbuhan sahaja. Ada beberapa lagi perkataan yang Johan ganti dengan sesuatu yang lain. Restoran - resto, farang - foreigner (aku rasa Johan maksudkan orang putih). Aku menghargai segala penggantian bikinan Johan kerana ia membuatkan penulisannya mempunyai keperibadian bahasa yang tersendiri. Ia memberikan kenikmatan halwa yang lain.

Kepada para penyair, gunalah apa-apa perkataan dari pelusuk mana pun tapi strukturnya mestilah di dalam bahasa Melayu Malaysia.

Perkataan-perkataan asing hadir ke telapak tangan Johan dan beliau tidak menggunakannya via tempat perkataan itu datang. Beliau guna secara Johan Radzi.

II) Bentuk

Ini satu misteri alam yang aku tak faham: kenapa penyair Malaysia kurang gemar baca prosa??????? Apa permainan bahasa hanya boleh ditemui dalam puisi??????? Nak menikmati bahasa hanya via puisi sajakah???? Serius shit. Karim sebagai penerbit catatan (prosa tu bhai) semestinya akan suka dengan buku ni. Dia kena baca macam mana Johan Radzi meneliti patung-patung Buddha. Macam mana Johan meresapi tradisi minum kopi di Vietnam yang mengingatkan aku kepada cerpen-cerpen observasional Lydia Davis. Macam mana Johan menerjemah dan menulis semula syarahan Castro yang mengingatkan aku kepada metafiksyen ala Bolano. Terjemahan ini sangat bagus. Kalau aku tak diberitahu yang Castro itu orang Chile pastinya aku ingat mereka berbual di dalam bahasa Melayu.

Johan tak tulis buku ni secara konvensional ala komersial boh. Tak ada itinenari, tak ada senarai harga bilik, harga tiket bas, harga pelacur, berapa bajet kau kena ada, berapa baki wang setelah perjalanan kau tamat, senarai kedai makanan haram atau bar paling halal untuk kau teliti. Mungkin ini yang Karim risaukan bila dia kata aku tak baca travelog. Buku ini disertai foto-foto via iPhone yang merakam  perjalanan dan persekitaran Johan Radzi. Bukankah Bilik Penyair baru saja menerbitkan buku Nieyna J. dengan iringan foto-foto Ali/Aiman Mazwin.

III) Dialog dan Pertemuan

Aku yakin beberapa cerpen Johan yang aku baca sebelum ini adalah kisah benar. Autofiksyen. Yang ditulis dan diterbitkan sebagai cerpen bukan sebagai esei. Dan aku yakin Johan ada verbal memori yang sangat kuat. Apa-apa dialog kedengaran real. Dan aku tak rasa masa interviu Isma Ae dan syarahan Castro itu dirakam via audio. Aku rasa Johan menulisnya via memori saja. Menulis dialog: payah. Borges kot cakap. Payah gila babi. Sebab apa. Sebab kau nak membezakan suara setiap watak. Anas Mohd pun ada cakap yang dia belajar tulis dialog masa dia tulis novel.

Ada banyak pertemuan dalam buku ni. Seronok baca sebab Johan sentiasa menarik pengetahuan sejarah dan politiknya ke dalam penceritaan di sela-sela perbualan tanpa meninggalkan sisi manusiawi baik dari dia atau orang yang ditemui.

IV) Kepekaan Sejarah dan Falsafah

Ni kau baca dekat Goodreads jelah.

* * *

We'eh ndak kenal barey boh.

Ulasan

Catatan Popular