Tang Ke Ting: Bingit Nyekit Menyakitkan Hati


Gila babi.

Aku tak sangka aku boleh habis buku ni. Pertama kali korang semua kena ucapkan tahniah dekat aku sebab aku terlalu banyak memberikan peluang kepada buku ni. Beberapa kali aku cuba baca dan tak dapat habiskan. Dan aku baca lagi. Aku baca dari mula semata-mata nak berikan keadilan yang sewajarnya dan perkara ni amat-amat jarang berlaku sebab selalunya aku boleh sambung semula buku-buku yang aku dah tinggalkan lama sebab aku boleh vaib dengan feel bukunya. Tapi buku ni: tak doh.

Adakah kau yang tak membaca entri ini harus kontek Encik Ahmad dan kata hello saya berminat untuk membeli buku Tang Ke Ting yang tak sedap tu.

Ya.

Adakah mereka yang telah membeli buku ini harus log masuk ke Carousell atau Mudah.my untuk menjualnya semula dengan potongan dua paruh harga atau bayar kos pos seja (Sabah Sarawak +RM2).

Tak.

Sebab ini buku yang bagus. Penulisnya seperti dak sekolah baru dihadiahkan kamus dan tesaurus-rex yang datang menghancurkan kita semua. Ini naskhah untuk kita bertemu dengan segala macam benda teruk di dalam puisi. Naskhah ini adalah semanual pembelajaran bak kata peribahasa kita belajar dari Farihan.

Susah untuk mendepani naskhah ini kerana citranya bercampur, kenonsatuan bunyinya berantakan dan rima-rima akhir yang dipaksa. Kasihan mereka. Mulut saya seperti mengunyah kain buruk yang dicicah dengan air gula yang dicampur teh bunga.

Ia
serba
nda
kena.

Tradisi penulisan puisi sememangnya ada yang berima akhir sama atau berpasangan tetapi sebelum lidah kita tiba di rima yang sama itu, ia melompat dari suku kata ke suku kata dengan cukup kemas. Ada perhubungan yang bunyi yang harmoni biar tidak seragam. Malangnya Farihan Bahron tak memikirkan hal ini. Rujuk semua puisi dia yang ada perkataan dek. Puisi-puisinya mengalir semput macam paip-paip rumah warga Selangor ketika sungai cemarkala. Lebih menyedihkan lagi sebahagian besar tidak mengalir langsung.

Nafas saya tersekat-sekat dan lidah saya kejang. Telinga saya tak dapat terima segala cantuman bunyi yang hadir walaupun ia berkongsi kepala yang sama dengan mulut dan lidah saya.

Dan sepanjang pembacaan saya rasakan Farihan lebih gersang untuk melakukan kritik sosial berbanding berseni-seni. Ia kritik sosial yang di dalamnya ada puisi. Bukan puisi di dalamnya ada kritik sosial.

Kritik sosial mengepung aestetik, aestetik mati.

Ulasan

Catatan Popular