Makna Sebuah Rumah

Saya pernah bermimpi rumah saya berada di dalam medan perang dan ia bukan peperangan moden. Saya tak tahu nak kata ia macam mana tetapi vibe yang saya rasa waktu itu adalah seperti di zaman pagan. Suasana mimpi itu merah seperti senjakala dan fatamorgana kelihatan kerana keadaan yang begitu panas.

Walaupun saya berada di dalam rumah saya tahu di luar sana ada selelaki tanpa kepala berpakaian pahlawan besi Inggeris yang berkuda di luar kawasan rumah dengan sebelah tangannya menghunus pedang. Derapnya begitu kuat menggegar rumah dan menggerunkan. Saya tertanya-tanya apakah rumah ini bakal diceroboh olehnya. Tetapi tidak.
* * * 
Di waktu-waktu gerak terhad ini saya teringat beberapa cerita pendek yang bertempat di dalam rumah.

Mikrofiksyen dari Lydia Davis misalnya dan saya ada terjumpa terjemahannya di Tumblr.



Selama ini saya fikir setiap kali saya keluar untuk berjalan malam saya telah meninggalkan kebisingan dan hiruk-pikuk di dalam rumah dan makna rumah itu sendiri. Dan kerana gerak terhad ini telah menyekat aktiviti itu ia mula buat saya rasa sebenarnya meninggalkan rumah adalah sebahagian dari makna memilikinya kerana saya semakin tidak kenal rumah yang saya diami ini dan seperti perempuan itu saya juga ingin kembali.

Ulasan

Catatan Popular