Tunku Abdul Steve Rogers

Merdeka tanpa Aliff.
Kalau dah sajak pasal Avengers dibaca pada Hari Malaysia dan buat Aliff Awan rasa dia patriotik gila babi maka censor jelah Netflix.

Perpuisian kita dah masuk ke dalam lembah kebangangan. Dalam temuramahnya bersama Alhijrah Aliff Awan mengatakan yang dia ingin menuliskan sajak kemerdekaan dengan imej yang kontemporari dan baginya tokoh-tokoh terdahulu adalah agak jauh dan kalau kau rasa ini bukan satu kebangangan aku tak taulah nak kata apa. Aliff boleh memilih untuk membaca tentang mereka atau memilih tokoh-tokoh Malaysia yang masih hidup tapi dia beriya-iya nak kaitkan dengan Marvel Cinematic Universe yang bukan sinema pun (I love you Scorsese). Bukankah ini menunjukkan penyair-penyair kita malas dan tak ada jati diri. Lemah dan mudah terkesan dengan anasir luar. Tak ingin kerja keras dan tak berupaya mencabar diri sendiri. Kebebalan ni bukan dilakukan oleh Aliff Awan saja tetapi mereka-mereka yang share dan tulis: powerrrrrrrrrr ataupun sedapppppp. Like wtf doh. Apa yang power dan apa yang sedap tak pernah mereka tuliskan di mana-mana. Media sosial adalah gua untuk kelab pemuji serasi melepak dan beronani sesama sendiri. Tak ada esei dan tak ada dialog. Sampai sekarang aku tak tau apa yang power dan sedap sajak Avengers tu. Yang mereka tahu cakap hanyalah seni itu subjektif dan kita mesti meraikan semua tetapi cara aku meraikan sampah adalah dengan meletakkannya di dalam tong atau korek lubang bakar dan tanam. Aku dulu pengakap.

Paling tak boleh blah bila orang kata Aliff Awan ni muda lagi. Dude. Kau nak tunggu umur dia berapa baru nak bercakap pasal karya dia. 25? 30 40? Kau aku dia sebaya je.

Sajak Avengers si Aliff ni bukan saja menunjukkan perpuisian kita hancur malah yang memujinya (yang rata-ratanya penulis juga) tak kritikal dan tak ada kedalaman berfikir maka apa guna slogan membaca membuat kita lebih pandai kalau dari golongan penulis terutamanya penyair sendiri tak berupaya menuliskan sesuatu yang bijaksana melainkan pujian-pujian yang kosong saja.

* * *

Sebelum Aliff Awan perform dekat Urbanscapes aku ada tanya dia sedap ke tak sajak dia nak baca nanti dan dia kata ada yang sedap ada yang tak. Aku ada masalah orang-orang yang macam ni. Bila pengkarya sendiri yang katakan kerja tangannya tak sedap maka seeloknya tak perlu dipersembahkan kepada khalayak.  Aku pernah berborak dengan Amirul Rahman — sesinematografer — dan dia kata seorang pembikin filem tak perlu menjadi apologetik walau sesampah mana pun filemnya kerana ia meruntuhkan semua dan segalanya menjadi sia-sia. Dan bila orang kata skrip teater Ridhwan Saidi lemah dan Ridhwan balas kalau lemah ia tak akan saya terbitkan dan pentaskan (buat bazir kertas & tenaga je) dan aku pun oop–

Ulasan

Catatan Popular