Mansor Puteh dan Pencurian di Galeri





Kelibat Othman Puteh yang saya tangkap curi di Ilham Gallery. Saya beritahu kepada Johan dan Karim tentang keberadaannya dan Johan kata berbuallah tapi saya tak pernah baca penulisannya maka di kerusi itu saya cuma duduk diam di sebelah supaya bila dia mati saya boleh ceritakan kepada generasi akan datang atau kalau saya mati dia, Johan atau Karim boleh riwayatkan kepada orang lain. Waktu nak ke kedai cenderahati kami terserempak dengan Zin Mahmud yang tulisannya tidak saya baca tetapi Johan baca dan Johan tegur dia. Pak Zin ya kata Johan. Ya kata Pak Zin. Kemudian apa tah lagi basa-basinya. Yang saya ingat: Sains Selangor ya kata Johan. Ya kata Pak Zin. Saya Sains Selangor juga kata Johan. Batch mana kata Pak Zin. Johan kata batch ohh maaf saya tak ingat batch Johan. Kemudian selepas hai-hai bye-bye dengan penuh adab Pak Zin meninggalkan kami dan kami meninggalkan galeri. Othman Puteh ada dua kamera: i) handheld untuk rakam video ii) kompak untuk swafoto. Othman Puteh sebagai fotografer amat pantas. Videonya cuma dirakam dalam beberapa saat kemudian ia disimpan terus ke dalam beg. Swafotonya juga begitu. Kemudian kepalanya akan melilau dan matanya seakan-akan risau. Persis seorang pencuri. p.s: baca komen Azrin Fauzi untuk pembetulan
A post shared by kiddkiddoe (@frqk_) on

Ulasan

Catatan Popular