Terambik


lighter Johan Radzi. Tadi dia membawa saya ke Seksyen 8, Shah Alam. Mengajak saya makan tapi saya dah makan. Saya kata tak apa, aku minum je. Borak-borak sikit lepastu: balik.

Waktu saya berjalan ke Pusat Sukan UiTM dan menyalakan rokok, saya sedar yang saya dah terambil pemetik api Johan.

Sewaktu di kedai makan, Johan menceritakan saya satu situasi tentang tukang kayu. Kisah yang dia ambil dari Heidegger, filasuf. Derrida kata bila penukul kayu hilang penukul, dia telah hilang sebahagian dari diri dia. Bila dia memandang blok-blok kayu, dia tidak memandangnya secara literal. Apa yang terbit di mata kepalanya adalah pesanan pelanggan-pelanggan yang tak siap. Kerana kita adalah apa yang kita buat. Kita apa yang kita pegang. Ia berbeza dengan satu pandangan lain yang memisahkan objek dengan jati diri manusia.

Lighter Johan ada bersama saya sekarang. Sebahagian dirinya telah hilang. Pemetik apinya adalah sebahagian diri saya sekarang. Bila Johan pandang rokoknya, apa yang dia fikir? Tapi tak apa, waktu kami kembali ke kereta Johan ada lighter lain. Warna oren.

Hahahaha.

Ulasan

Catatan Popular