Muhammad Dipijak-Pijak



Kadang-kadang jika ke PDM, selepas menolak daun pintu saya akan masuk perlahan-lahan ke tepi supaya sinaran sensor tidak sampai ke tubuh saya untuk mengelakkan ia berbunyi. Kemudian saya akan ke bahagian beg pada loker bernombor 62 — loker wajib kerana saat badan dipusingkan ke bahagian ini, loker ini betul-betul bertentangan dengan mata — kemudian menyatakan kewujudan pada buku rekod pengunjung dengan menuliskan nama saya dan meninggalkan tandatangan di situ tanpa kesedaran bahawa ia akan ditiru tapi saya bukanlah ada apa-apa kepentingan untuk orang lain memalsukan dokumen menggunakan nama dan tandatangan saya.

* * *

Suatu hari yang saya tidak pasti indah atau tak, sedang saya menyelak-nyelak jilidan Dewan Sastera edisi 1976 saya terjumpa sebuah kritikan oleh Barclay M. Newman (pensyarah kursus terjemahan UM) terhadap terjemahan Inggeris sajak Suara, Latiff Mohidin oleh Muhammad Haji Salleh. 

* * *

beberapa pendapat mengenai terjemahan sajak "suara" dalam bahasa inggeris

Pada hujung minggu lalu secara keseluruhan saya nampak Tenggara 7 (1975) di Kedai Buku Koperatif di Universiti Malaya. Dengan serta-merta saya membukanya dan terus membaca terjemahan Muhammad Haji Salleh terhadap sajak Suara oleh Latiff Mohiddin dalam bahasa Inggeris. Hairan sama sekali! Di bawah adalah beberapa catatan yang saya berharap akan menjelaskan sedikit banyak alasan untuk reaksi saya.

Voice 

Walau bagaimanapun dalam bahasa Malaysia perkataan Suara sebagai judul menarik hati, tapi penggunaan bentuk tunggal Voice dalam bahasa Inggeris tidak memuaskan hati seorang yang berbahasa Inggeris sebagai bahasa ibundanya. Lebih baik sekiranya Suara diterjemahkan dengan bentuk jamak Voices, atau mungkin lebih baik lagi dengan salah satu ungkapan seperti Voices of the Night atau Voices in the Rain. Tambahan pula, lihatlah barisan-barisan yang mana suara meliputi ertinya sounds dalam bahasa Inggeris (suara roda keretapi dan suara injin kapal) dan juga yang mana perkataan ini berjamak voices (suara kita).

1
in the night of this wandering
i hear wheels of train
and the rumble of the ship's engine
meeting
behind my house
falling rain brings
the voice of a gypsy
whos has lost his horse
the voice of a mountaineer
who has lost his mountain

Sekiranya barisan pertama itu dianalisa dari sudut bahasa Inggeris semestinya diputuskan bahawa in the night of this wandering bererti in this night of my wandering, padahal teks Melayu (di malam kembara ini) bererti in (the course ofthis night which is wandering. Dalam ertikata lain, menurut teks Inggeris si penyair sedang kembara pada waktu malam itu, walaupun menurut teks Melayu malam itu adalah yang kembara, bukan si penyair sendiri.

wheels of train. Ungkapan ini serupa dengan "Malaysian Chinese English!" The wheels of  a traintrain wheels, atau lebih baik lagi roar of the train wheels (supaya seimbang dengan ungkapan the rumble of the ship's engine); perhatikanlah teks Melayu: suara roda keretapi.

the ship's engine. Menurut tatabahasa Inggeris ungkapan the ship biasanya menunjuk ke sebuah kapal yang telah disebut dalam konteknya atau ke suatu kapal yang tertentu. Konstruksi a ship's engine lebih sesuai dengan penggunaan bahasa Inggeris.

2
i am a sailor
in search of an island
waiting long
open the door
i embrace the rain
with jittery hands
with throbbing heart
i gripped it hard
before too late

waiting long. Ungkapan ini mungkin akan dipertalikan dengan island dalam barisan sebelumnya; jadinya: an island waiting long.

open the door. Ayat ini bererti kosong dalam konteks terjemahan. Iaitu, kalau si pembaca tidak mempunyia teks sumber, dengan tentu dia akan fikirkan bahawa katakerja  open berbentuk sebuah perintah kepada seseorang di luar sajak ini atau bahasa si penterjemah terlupa menterjemahkan katakerja ini seimbang serta sekonstruksi dalam bentuk waiting. Teks Melayu adalah jelas: kubuka pintu.

i gripped it hard. Penggunaan kata lampau tidak sesuai dengan kala-kala lain dalam bait ini; kalakini mesti dipakai.

before too late. Rangkai perkataan ini tidak sesuai dengan bahasa Inggeris yang bersahaja, di samping itu, tidak boleh dianggap sebagai sajak.

3
in the night of this wandering
our voices
shall meet
although eventually
i might slip
in the footholes of muddy water
not far from the rain
of a horse
at the footing of a mountain
we shall meet
voices
in the night of this wandering
wait for me there
before the rain stops

in the footholes of muddy water. Perkataan foothole—setahu saya—belum pernah terdapat dalam bahasa Inggeris; perkataan foothold berwujud, tapi dengan maknanya dengan yang berlainan sekaligus. Kalau footholes dibaca secara lisan, perkataan ini pasti akan didengar sebagai footholds oleh para pendenger Inggeris.

not far from the rain. Memandangkan teks sumber, sata mahu bertanya apakah alasan untuk barisan ini. Amatilah kedua-dua teks di bawah:

aku tersungkur                           i might slip
di tapak-tapak air lumpur          in the footholes of muddy water
seekor kuda                               not far from the rain of a horse

Malah bukan maksud saya bahawa seorang penterjemah terpaksa menterjemahkan barisan demi barisan, namun kalau adanya penjelasan secara eksplisit terdapat dalam teks terjemahan, sekurang-kurangnya penjelasan itu mesti berdasarkan suatu penerangan implisit dalam teks sumber.

MASIH berkaitan dengan perkara ini, agaknyna kedua-dua barisan di tapak-tapak air//seekor kuda itu adalah salah difaham oleh si penterjemah. Iaitu, tapak-tapak mesti dipersatukan dengan seekor kuda sekemudiannya. Jadinya, terjemahan kedua-dua barian ini: in the muddy tracks of a horse. Bandingkanlah terjemahan di bawah: in the muddy tracks of a horse. Bandingkanlah terjemahan di bawah: in puddles of muddy water//left by the hoofs of a horse.

not far from the rain//of a horse. Seandainya kedua-dua barisan ini dibaca secara lisan (seperti biasa dengan sajak), para pendengar akan mendengar "not far from rain of a horse." Apabila seseorang menterjemahkan sajak, si pendengar mesti selalu diperhatikan.

at the footing of a mountain. Dalam bahasa Inggeris ungkapan adalah foot of a mountain. bukan footing of a mountain.

Voices From the Night 

1
from the unfolding of this night
i hear the roar of train wheels
and the rumble of a ship's engine
meeting
behind my house
the pounding rain brings
the voice of a gypsy
lost without his horse
the voie of a mountain climber
separated far from his mountain 

2
i am a seaman
in search of an island
so long sought after
i open the door
to embrace the pounding rain
with trembling hands
with throbbing heart
I hold it tight
while yet there is time 

3
from the unfolding of this night
our voices
will surely meet
although finally
i'm fated to fall
in puddles of muddy water
left by the hoofs of a horse
at the foot of a mountain
we shall meet
voices
from the unfolding of this night
voices wait for me there
before the rain stops

translated by Barclay M. Newman.
3 June, 1976

* * *

Saya tersenyum-senyum membacanya. Teksnya humor dan sinikal. Tak pasti Muhammad mengembalikan buah pukul atau tidak tapi saya berasa puas melihat dia dibantai begini.

Saya pulang tanpa meminjam apa-apa.

Ulasan

Catatan Popular