Gagalnya Gagalis.

Cerpen-cerpen di dalam antologi ni kebanyakannya sipi-sipi sahaja yang kena dengan tema. Elemen gagal cuma diletakkan oleh para penulis hanya sampingan yang langsung tak menguatkan ia sebagai sebuah antologi yang bertemakan kegagalan. Agak pelik juga mengenangkan telatah editor ketika dalam proses pemilihan cerpen seperti tak suka dengan cerita tentang gagal bercinta tetapi masih ada juga dua tiga termuat memuakkan naskhah ini. Namun ada tiga dua cerita yang boleh dikatakan terikat kuat – tidak kuat sangat – dengan tema. Secara keseluruhan, ia sebuah naskhah yang gagal kerana kebanyakannya lari dari tema tapi masih boleh dibaca untuk bersantai-santaian lalu dilupakan kisah-kisah di dalamnya setelah pembaca membaca bacaan lain.

Ulasan

Catatan Popular