Sepuluh bintang untuk Interchange :D

Anda tak silap membacanya! Ini sebabnya kenapa:

  1. Babak Azman keluar dari kereta ketika hujan saya suka. Satu bintang untuk itu. Babak-babak hujan yang lain tak sedap dan ada satu babak tu tiba-tiba frame rate jatuh. Tolak satu bintang.
     
  2. Saya enjoy nyanyian dalam kelab masa pembukaan cerita. Tambah setengah bintang.
     
  3. Perubahan masa yang mengarut. Apa lancau nak keluar apartment kejar orang daripada siang sampai tengah malam? Kemudian dah masuk hutan tiba-tiba dah pagi. Tolak satu bintang.
     
  4. Rokok Azman dalam peti tak masuk angin. Tolak setengah bintang.
     
  5. Suku Tinggang ni bangang bagi juga orang ambil gambar diorang. Tolak satu bintang.
     
  6. Azman adalah seorang gay yang cintakan Adam. Perpuluhan dua bintang untuk itu.
     
  7. Naratif yang longgar gila babi – hampir-hampir tiada dikatakan. Dua bintang ditolak.
     
  8. Dialog-dialog yang cuba untuk menjadi deep tapi menjadi sangat hambar dan teruk. Rasanya penulis skrip terpengaruh dengan budaya pengguna-pengguna internet yang mencipta ayat-ayat bodoh. Satu bintang hilang.
     
  9. Lakonan yang teruk. Sabah yang tak macam Sabah, Sarawak yang tak macam Sarawak. Tolak satu bintang.
     
  10. Redza Minhat berlagak nak mampus sebab jadi penulis skrip filem tu. Perpuluhan tiga bintang ditolak.
     
  11. Saya lagi enjoy iklan animasi tiga dimensi oleh kerajaan Malaysia daripada babak akhir filem tersebut. Setengah bintang hilang lagi.
     
  12. Tiada gadis berkacamata dalam filem tersebut. Saya tarik perpuluhan dua bintang.
10 + 1 - 1 + 0.5 - 1 - 0.5 - 1 + 0.2 - 2 - 1 - 1 - 0.3 - 0.5 - 0.2 = Anda kiralah sendiri.

Ulasan

javascript:;

Catatan Popular