Cerita tentang Kebetulan

Dua hari lepas seorang kawan bertanya kepada saya kenapa saya menulis dan pertanyaan dia itu saya tahan dahulu memandangkan saya berada di dalam mode introvert kemudian baru tadi saya menjawabnya dengan hanya sebaris ayat.

Penulis kegemaran saya juga pernah mengajukan perkara yang lebih kurang sama dan kebetulan waktu itu saya baru saja membaca entri blog beliau tentang kenapa beliau menulis dan ia membuat saya teruja kerana entri tersebut meletakkan jawapan yang paling muktamad sekali buat seseorang yang suka menulis.

Tadi selepas membalas Whatsapp kawan itu, saya mencari kembali entri tersebut dan kebetulan tarikhnya bersamaan dengan hari ini.

Saya teruja sekali lagi.

201609262014

Ulasan

Catatan Popular