Haruskah aku mencuri?

Hari tu aku menunjukkan buku yang aku pinjam dengan DBP kepada orang menyarankan penulis buku tersebut kepada aku dan kawannya yang bukan kebetulan ada di sana di sebelah aku atau dia aku tak ingatlah pula berkata kepada aku, "Kenapa kau tak curi buku ni? Kalau dia tanya kenapa curi, kau cakap kenapa tak terbit semula?"

201601310154

Ulasan

  1. 'Kenapa' yang berterusan akan sama sahaja dengan kisah pertanyaan 'apa' kepada pokok.
    Tanya sama pokok apa....apa...apa...apa...tanpa sudahnya.

    Lalu kita mahu jadi yang mana? Biar baik berpahala, jangan lantang cium dosa.
    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya mahu melakukan pencurian yang berpahala :p

      Padam
  2. Aku tak tahu macam ada sumpahan lepas mula-mula aku baca nama kau, tengok muka kau. Sampai terdetik untuk aku google pasal kau. Stalker kan. Nampak macam gay dan geli. Tapi aku rasa nak berkawan dengan kau. Aku jumpa tumblr kau, tulisan-tulisan kau dekat resit fixi bagai semua. Panjang pulak intro.

    Cuma, aku sangat tertarik dengan gaya penulisan kau. Dan penulisan gaya kau. Dan penulisan dan gaya dan kau. Aku scroll sampai habis tumblr tu. Baca satu-satu. Kau ni hebat. Macam nak jumpa kau, nak gali apa yang ada dalam kepala otak kau. Ok, tu je nak cakap. Tahniah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ampun. Ketahuilah saya ini orang yang mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Jadi saya mahu tahu yang anda ini mulanya baca nama saya di mana, gaya penulisan saya ini bagaimana sebenarnya menurut anda? Saya akan sentiasa turun pada acara Malam Baca Puisi Pena-ITBM di Rumah Pena, berjumpalah kita di sana kalau mahu.

      Padam
    2. Jangan risau. Kau-aku lebih mesra. Umur kita pun tak jauh beza rasanya. Sebab kau dah bertanya, aku jawab. Nama kau aku baca di Facebook. Gaya penulisan... hmm... tak terlalu sastera, tak terlalu santai, tak terlalu indie, tak skema, tak gempak, tak sampah dan segala-gala tak yang berkenaan. Sebenarnya tak tahu nak cakap camana, tapi aku suka. The way you write and the way you learn to write. Itu kot yang aku suka.

      Sayangnya aku tak berada di kawasan berkenaan. Jauh dan susah amat nak sertai benda-benda sekitar KL-Selangor ni. Kalau tak, boleh jumpa. Ok. Salam perkenalan!

      Padam
    3. Ohh macam tu. Apa maksud kau cara aku belajar menulis? Kau ada add aku dekat Facebook ke? Kalau ada apa nama?

      Padam
    4. Macam panjang pulak kalau nak jawab tu. Mungkin satu masa nanti, kalau ada rezeki kita bersua muka, bolehlah borak panjang. Aku pernah add tapi aku cancelkan. Nanti ada masa aku add semula.

      Padam
    5. Yalah okay tapi nama kau apa?

      Padam
    6. Panggil aku wan.

      Padam
    7. Oh, aku dah add kau semula. Carilah mana-mana manusia yang nama Wan tu.

      Padam

Catat Ulasan

Jujurlah.

javascript:;

Catatan Popular