September.

Biasanya hari pertama bagi setiap bulan akan bermula dengan baik.
Jumaat lepas saya mencari meja makan untuk duduk. Mulanya saya ingin duduk menghadap tingkap dengan view tasik yang disentuh-sentuh hujan gerimis bersebelahan tiga manusia bisu yang mencemar bunyi melalui bahasa tangan mereka namun setelah memikirkan bahawa kalau makan di dalam saya tidak akan mendengar rintikan hujan, saya mengambil keputusan untuk makan di luar.
Setelah habis makan dan tiba waktu untuk saya menikmati suara alam, baru saya sedar hujan gerimis tidak menghadirkan sebarang bunyi.
Sepanjang pandangan saya terhadap mereka, saya berasa sangat sunyi.

Ulasan

Catatan Popular