Menjual Semula Buku


Tadi saya bertanya kepada seorang kawan kenapa dia menjual buku-bukunya di Instagram dan jawapannya sama dengan ramai orang lain yang membuat perkara serupa: ia tidak dibaca lagi.

Saya pernah terfikir juga untuk menjual buku-buku di rak yang tak terbaca dan tak akan diulang baca malas atas sebab yang sama juga tetapi bila terkenangkan betapa renyahnya saya hendak dapatkan buku-buku terbitan lampau walaupun terbitannya seawal dekad yang lalu saya tidak jadi berbuat demikian kerana saya mahu anak-anak saya dapat kenal jenis-jenis buku yang ada pada generasi saya.

Rasa diri ini ego pula tak nak melepaskan buku-buku yang ada.

* * *

Malu pula bercakap soal anak.

* * *

Selamat Hari Buku Sedunia.

Ulasan

Catatan Popular