Catatan Akhir Tahun: Ridhwan Saidi

Disember tahun lepas di Gajah Tiga, saya dan Ridhwan Saidi berbual tentang pengalaman beliau yang baru mula menulis sajak pada waktu itu. Beliau kata menulis sajak macam menangkap gambar, kita ambik syot banyak-banyak baru kita pilih dan yang tak cantik kita buang.

Kebetulan pula Disember tahun ini beliau tweet:
Kalau kita matematikkan dua petikan beliau di atas ia berbentuk begini:

tulis sajak = tangkap gambar
susun muzik = tulis sajak
∴ susun muzik = tangkap gambar

Saya tak tahu kenapa tapi saya teruja dengan persamaan di atas. Teringin betul untuk tahu apa dicakap tentang penulisan novel dan cerpen ketika beliau mula-mula ceburi keduanya. Dan saya teruja ingin tahu seni apa yang beliau ingin teroka tahun depan dan apa pula yang beliau akan kata. Kalau dah tahu, bolehlah saya fikirkan matematik baru. Atau bukan matematik, tapi subjek lain.

Ulasan

Catatan Popular