Apa yang Saya Mahu dalam Puisi.
Entah.
Saya sendiri tak pasti apa yang saya mahu. Mungkin ada beberapa perkara tapi masih belum jelas dan samar-samar lagi.
Tetapi kalau soalannya secara spesifik menanyakan buku puisi seperti apa yang saya mahukan, saya menghindari untuk membeli beberapa jenis buku seperti yang saya senaraikan di bawah:
- Kau-Aku yang bersepah.
Buku yang terlalu banyak kau-akunya cenderung untuk mengulang persoalan dan gaya yang sama lagi-lagi buku-buku dari penulis muda yang kebanyakannya topik percintaan menjadi pilihan. Sesebuah buku puisi itu menjadi lewah dan mengganggu kesinambungan walau sebagus mana pun puisi itu.
- Cinta sendu tersedu-sedu.
Bukanlah saya tak boleh masuk dengan puisi-puisi kekecewaan, dikhianati kekasih atau kisah cinta bertepuk sebelah tangan tapi sudah terlalu banyak saya baca puisi-puisi begitu. Susah untuk saya jumpa sajak-sajak yang membuatkan saya ingin bercinta dengan empat gadis berkaca mata sekali gus.
- Overrated.
Selalunya saya akan kecewa dan marah kerana merasakan diri ditipu oleh masyarakat internet yang telah meletakkan harapan tinggi kepada saya dengan review yang tampak meyakinkan. Atau mungkin saya memang mudah ditipu?
Senarai ini semestinya akan berubah atau terhapus terus kerana dua jenis buku di atas saya kurang gemar adalah kerana lambakan. Saya benci lambakan sebagaimana saya benci perkongsian hambar secara copy-paste di dalam Whatsapp.
Oh, tu jugak senarai alasan kau yang kau tak suka orang buat puisi kat Twitter tu ke?
BalasPadamYa, Twitter yang buat aku menjauhi buku-buku macam tu.
PadamBaguslah tu. Kau dah makin memilih dan ada piawai makanan puisi kau sendiri. Tahniah.
BalasPadamTak sangka pula aku ini sesuatu yang bagus.
PadamCan i get your tumblr ?
BalasPadamhackeleh.tumblr.com/
PadamKenapa ya? Tumblr tu dah lama tak update.