Mahu Menulis Lebih Baik? Baca Penulisan yang Lebih Baik.

Menulis adalah kemahiran kritis yang di ajar di sekolah rendah dan menengah. Sebagai kanak-kanak, kita bermula dengan ABC dan seterusnya ke karya-karya klasik seperti To Kill a Mockingbird tulisan Harper Lee dan Their Eyes Were Watching God nukilan Zora Neale Hurston.

Bagaimanapun selepas graduasi, kebanyakan individu berhenti memikirkan mengenai kepentingan bahan yang mereka baca sedangkan kualiti bahan bacaan mereka secara langsung mengesankan kekompleksan penulisan mereka, menurut satu kajian yang baru dijalankan oleh International Journal of Business Administration.

"Jika anda mengisi semua masa dengan membaca reddit, penulisan anda akan menjadi cacamarba," kata penulis kajian Yellowless Douglas, seorang profesor madya di Universiti Florida yang mempelajari kognisi dan penulisan. "Anda sepatutnya sangat memilih — dan betul-betul sedarkan kesannya — mengenai apa yang dibaca."

Kajian-kajian sebelum ini mendapati bahawa membuat pelajar lebih membaca di dalam kelas lagi memberikan kesan dalam penulisan berbanding membuatkan mereka menulis lebih banyak, tetapi hanya beberapa sahaja kajian yang dijalankan bagaimana pembacaan memberi kesan penulisan dalam kalangan dewasa, kata Douglas.

Dia dan seorang siswazah Samantha Miller mempelawa penuntut-penuntut Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Universiti Florida menjalani sebuah kaji selidik dalam talian tentang tabiat pembacaan mereka, termasuk jumlah jam seminggu dan jenis bahan bacaan kebiasaan mereka. Bahan-bahan bacaan begitu rencam, daripada majalah bisnes seperti The Economist kepada akhbar umum kepada sumber dalam talian seperti Tumblrreddit dan The Huffington Post.

Empat puluh lima pelajar menduduki kaji selidik itu. Setiap satu menghantarkan sampel penulisan — perenggan kedua surat pengiring permintaan kerja. Douglas dan Miller menganalisa sampel-sampel itu menggunakan lebih dari empat belas ukuran kerumitan termasuk purata kepanjangan ayat dan klausa. Mereka juga menggredkan kerumitan bahan bacaan dengan menganalisis sampel bahan-bahan bacaan dari setiap laman sesawang, akhbar dan majalah.

Mereka menemui satu hubung kait antara isi bacaan kebiasaan pelajar dan kemahiran penulisan mereka. Mereka yang biasanya membaca dalam talian di laman seperti BuzzFeed dan reddit mempunyai mata kerumitan penulisan terendah manakala yang membaca artikel-artikel jurnal akademik ataupun fiksyen yang diiktiraf mendapatkan mata yang tertinggi.

Kajian ini tidak menyelidiki mengapa perhubungan itu wujud tetapi Douglas berpendapat hal ini berkaitan dengan kecenderungan kita untuk meniru sesuatu yang kita baca atau dengar; dan untuk mengulang ayat-ayat atau persamaan bentuk-bentuk di dalam struktur dalam perkara yang baru kita lalui – konsep yang para ahli bahasa gelarkan sebagai "penyebuan struktur" (structural priming). Jumlah jam bacaan setiap minggu tidak menunjukkan sebarang kesan yang bermakna dalam penulisan juga dalam jumlah pembacaan fiksyen.

Setiap invidu seharusnya sedar apa yang mereka baca itu secara langsung akan mengesankan kemahiran menulis, kata Douglas. Ia seperti: "Jika kamu punya khasiat tersangat buruk, sedikit sebanyak akan terlihat di tubuh badan."

Terjemahan hackeleh daripada artikel asal bertajuk  Want to Write Better? Read Better Writing.
201607081110

Ulasan

Catatan Popular