Kelelahan Membaca Naratif Ogonshoto.

Saya mengalami masalah hendak menghabiskan Naratif Ogonshoto dan sudah menjadi amalan saya akan membaca dua tiga buku secara bergilir-gilir tanpa menghabiskan satu-satu buku itu dahulu tetapi setiap kali dibaca sahaja kisah-kisah di dalam Naratif Ogonshoto kepala menjadi sarat dan berat seolah-olah saya sedang membaca naskhah bukan fiksyen yang harus dibaca dua tiga kali ayatnya namun yang ajaibnya pembacaan terasa lapang serta lancar pada prolog dan epilog novel (ataupun antologi cerpen) ini.

Perkara yang betul-betul menarik hati saya adalah teknik dan gaya penulisan yang berbeza-beza oleh Anwar Ridhwan membuatkan saya rasa nak tiru (hehe). Pada keseluruhan ceritanya masih belum lagi namun bukanlah kerana Anwar Ridhwan cuma bukanlah saya ini pandai menafsirkan imej dan simbol-simbol. Ia adalah kelemahan saya sebagai pembaca.

Saya akan melawat semula Ogonshoto untuk memahami imej-imej di dalamnya dan untuk itu jika saya memerlukan tenaga yang banyak kerana untuk menghabiskan naskhah ini benar-benar memenatkan – lebih lelah daripada berlari di siang Ramadan.
Sekian, izinkan saya mengumpul stamina.

201607011717
Gombak

Ulasan

Catatan Popular