Budaya berlawak di Malaysia.

Ada satu lawak ni dalam Mastika tentang seorang lelaki yang baru bekerja dekat pejabat baru menemukan satu budaya pelik rakan-rakan sekerja yang mana mereka secara tiba-tiba ketika senyap sunyi bekerja akan ada yang menjerit satu nombor misalnya 23, 54, 12 dan lain-lain nombor lalu yang lain akan tergelak ketawa maka lelaki itu bertanyakan kepada salah seorang rakan sekerja tentang kepelikan itu maka tahulah dia yang sebenarnya mereka-mereka itu sudah menghafal setiap satu lawak di dalam satu buku dan memandangkan untuk membacakan lawak-lawak tersebut adalah terlalu panjang mereka hanya sebutkan nombor lawak itu sahaja lalu petang itu dia membeli buku tersebut lalu pada sebelah malamnya dia menghafal setiap lawak lalu pada sebelah pagi esoknya dia menjeritkan satu nombor tetapi tiada sesiapa yang ketawa dan ada seorang lain yang menjeritkan satu nombor lain tetapi disambut deraian ketawa dan dia cuba lagi nombor lain pun tiada yang ketawa sehingga dia bertanya kepada seorang rakan sekerja mengapa tiada yang ketawa ketika dia menjeritkan nombor-nombor yang dia rasakan  adalah lawak yang paling kelakar dalam buku tersebut kawannya mengatakan bukan semua orang boleh buat lawak dan ramai di antara kita adalah seperti lelaki yang baru bekerja di tempat baru itu cuma dibezakan dengan hal-hal perbezaan yang dibezakan dengan zaman.
201603251517

Ulasan

Catatan Popular