Tahun Ini Adalah Tahun Meminjam

Hidup sebagai mahasiswa sememangnya perlukan belanja yang banyak lebih-lebih lagi dengan ekonomi yang huru-hara ditambah lagi dengan GST dilagi tambah dengan nafsu membeli yang tinggi. Maka dengan itu saya mengambil langkah mengurangkan pembelian buku untuk tahun ini. Nak tak mahu kena buat juga kalau tidak kelaparanlah saya dan setiap hujung bulan bermaggianlah saya.

Dan saya telah secara kerap – sebulan sekali paling kurang ke Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) di Menara DBP – meminjam buku-buku di perpustakaan. Cabarannya dalam perkara ini adalah lambakan buku-buku baru oleh penulis-penulis yang saya yakin kualiti penulisan mereka. Kadang rasa bersalah juga bila singgah ke kedai atau reruai buku tapi setakat belek-baca sahaja padahal sudah baca-belek pada masa-masa yang lain. (hehe)

Setakat ni Januari sahaja saya bebas dari membeli sebarang buku kecuali beberapa zine – ini satu hal juga, Malaysia tak ada tempat yang boleh kita meminjam zine. Mungkin boleh, saya akan tanya pustakawan di PDM nanti untuk meletakkan zine-zine di sana untuk dipinjam itupun kalau ada yang ingin meminjam itupun kalau ada yang ingin ke PDM – dan bulan ini banyak juga saya habiskan duit untuk buku dan belum dikira lagi buku-buku yang saya mahu beli pada bulan Mac dan tak kira lagi bajet saya untuk PBAKL nanti dan mungkin buku-buku Mac yang belum dibeli lagi itu dibeli pada April sahaja.

Saya tak tahu tahun ini akan jadi tahun meminjam yang gagal atau tak. Saya memang akan sekerap mungkin meminjam di PDM dan jumlah pembelian buku berbanding tahun lepas untuk setiap bulan saya bayangkan memang akan berkurangan. Kita tak dapat tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan. Mungkin saja saya akan tidak lagi ke PDM. Mungkin saja saya akan dikejumpakan dengan seorang gadis yang mempunyai perpustakaannnya sendiri dan saya boleh meminjamnya dan bercinta dengannya dan buku-bukunya. Masalahnya adakah gadis yang punya minat terhadap sastera yang bukan sastera cinta? Adakah gadis yang peduli dengan perpustkaan? Ah sudah pasal perempuan pula tapi dah terlintas saya tulis sajalah, rugi saya yang di masa hadapan nanti tak tahu apa yang terlintas dalam otak fikir saya saat ni.

201602230324

Ulasan

  1. Aku rasa macam ternampak muka kau dalam kalangan peserta MPR2016.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jujurlah.

Catatan Popular