Tentang Rorschach


Aku sempat berblabla bersama Ridhwan Saidi di #BerBlaBla di ruang duduk di ibu pejabat Kota Buku di tingkat dua puluh empat di Menara Maju di Kuala Lumpur dan di sini aku cuma mahu fokuskan satu sahaja isi perblablaan kami.

Hari tu, Ridhwan Saidi baru saja mengeluarkan zine terbarunya, neopantun terbitan Rorschach Ink. Ridhwan Saidi adalah sumber kedua aku menjumpai perkataan Rorschach dan yang pertama dari filem Watchmen yang merupakan nama salah saturang watak kemudian yang ketiga adalah dalam sajak Salleh Ben Joned.

Dalam neopantun, Ridhwan Saidi menjadikan Rorschach sebagai tajuk (dengan huruf R yang kecil) dan sajaknya sangat minimal – di muka surat sebelah ada sajak bertajuk Alam Seroyan (dengan a dan s berhuruf kecil), seorang penyair yang minimal – hanyalah dua R yang saling membelakangi satu sama lain.

"Ni apa eh?"

"Tahu tak Rorschach tu apa?"

Tak ingat aku jawab apa tapi pengetahuan aku terhadap Rorschach setakat tahu yang ia digunakan untuk tujuan psikologi manusia.

"Dakwat atas kertas lepastu kita tutup kertas tu dia jadi simetri."

Dan semalam waktu aku cari balik penulisan Ridhwan Saidi diblognya tentang Salleh Ben Joned aku terjumpa semula ayat ni;

Saya bertuah kerana dalam CEKIK ramai komen tentang ending dan dalam AMERIKA ramai komen tentang intro. Saya tak tahu kenapa, tapi ianya jadi simetri dan seimbang dan saya suka, saya rasa macam nak tulis novel lagi.

Ada kena mengenakah dengan Rorshach? Aku tak tahu tapi yang pasti aku teringatkan perblablaan bersama Ridhwan Saidi di Kuala Lumpur di Menara Maju di tingkat dua puluh empat di ibu pejabat Kota Buku di ruang duduk di #BerBlaBla.

201601070907

Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Ni yang aku lukis. Try copy link tu, bukak gambar. Aku tak boleh paste gambar kat sini pulak sebab tak reti coding.

    http://postimg.org/image/q1if6rfej/

    Kau nampak apa?

    BalasPadam
  3. Aku terbayangkan samurai lengkap dengan suit dia.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jujurlah.

Catatan Popular