Sedikit gambaran tentang blog ini.


Sejak bertemu Azriq – maksud saya bertemu blognya – minat saya terhadap penulisan esei tiba-tiba mencanak naik dan ia membuatkan saya bercita-cita untuk menjadi seorang penulis esei pada masa yang akan datang.

Maka diwujudkan blog ini sebagai latihan dan rujukan oleh diri saya sendiri untuk tahun-tahun mendatang. Sebagai langkah awal, saya akan melakukan beberapa siri penterjemahan rencana dan artikel berbahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu namun bukanlah diterjemahkan secara halus dan dengan penggunaan kata yang benar-benar tepat tetapi hanyalah sekadar dapat difahami oleh golongan pembaca sasaran saya yakni mereka-mereka yang mengalami kesukaran memahami bahasa Inggeris.

Selain dari penterjemahan, saya juga akan berjinak-jinak untuk mengulas ataupun mengkritik bahan-bahan seperti buku (fiksyen dan bukan fiksyen), cerpen-cerpen dan puisi eceren, pembedahan lagu mahupun filem-filem. Apa pun, ini sekadar bayangan secara kasar sahaja, mungkin blog ini hanya akan dipenuhi dengan terjemahan sahaja, siapa tahu?

Akhir kata, diharapkan para pembaca dan pengunjung dapatlah titipkan walau sedikit pandangan dan kritikan terhadap penulisan-penulisan saya.

Terima kasih.

Ulasan

Catat Ulasan

Jujurlah.

Catatan Popular