Saya Ada Masalah

Masalahnya saya masih baru.

Masalahnya saya nak belajar menulis.

Masalahnya saya nak belajar menulis melalui menulis.

Masalahnya nak belajar menulis kena banyak membaca.

Masalahnya nak belajar menulis kena banyak menulis.

Masalahnya bila menulis tak membaca.

Masalahnya bila membaca tak menulis.

Masalahnya saya tahu masalah saya tapi saya tak cuba paksa diri saya keluar dari masalah saya.

Masalahnya takkanlah saya nak minta orang lain menyahmasalahkan untuk saya.

Masalahnya itulah.

Masalahnya awak tak bermasalah ke dengan entri ini?

Masalahnya cikgu saya dulu suruh sebut masalah sebagai mas-alah.

Masalah.

Masala.

Ulasan

  1. Start small dulu. Utilize apa yang dah dibaca sehari-hari atau yang lepas-lepas tu. Tak perlu fikir banyak sangat lagi. Dapatkan energi menulis banyak dan takda masalah menulis dalam apa jua keadaan tu dulu.

    BalasPadam
  2. Itulah, bila fikir balik aku ni macam terburu-buru sangat.

    BalasPadam
  3. Terburu-buru tu boleh, takda masalah pun. Cuma perlu ingat manusia ni kalau dipaksa, badan dan minda akan terkejut sebab culture shock - perubahan budaya. Jadi perlu buat secara berperingkat, yakni bersilibus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ni dah slowkan sikit menulis ni.

      Padam
    2. Sebab nak fokus dekat membaca dulu, ilmu kurang lagi bab menulis ni.

      Padam
  4. Saya suka minum teh masala.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha, saya tak pernah minum lagi, akan cuba cari.

      Padam
  5. Bagus. Selesaikan satu persatu masalah yang ada.
    Jadi penulis bijaksana yang tonjolkan cabang ilmu.

    Sekarang terlalu ramai menulis untuk populariti.
    Semua orang mampu menulis, tapi tak semua mampu buat apa yang ditulis.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jujurlah.

javascript:;

Catatan Popular