Dewan Klise


Aku mula baca Dewan Sastera bermula dengan isu September 2015 itupun sebab dapat percuma dari seorang staf DBP – dia bagi aku satu set majalah DBP, nak ambik set lain berat pula nak bawa – yang bawa aku naik ke pejabatnya lepas kami bersembang-sembang tentang konflik DBP-Dawama.

Bila aku baca cerpen-cerpen yang diterbitkan aku tak sangka pula masih ada yang menulis tentang kisah-kisah klise macam rumah pusaka yang hendak dirobohkan, tanah nak kena jual mahupun kisah hidup gelandangan yang diolah dengan begitu tipikal sekali.

Aku fikir Dewan Sastera yang bukan main susah nak tembus tak terima langsung karya-karya yang serupa ni. Aku bukan nak kata cerpen mereka tu tak bagus cuma cerpen-cerpen macam ni dah berlambak orang buat. Apa yang aku harapkan adalah Dewan Sastera lebih bersifat keras dengan menolak terus cerpen-cerpen klise agar penulis-penulis pun tak segan nak mencuba sesuatu yang baru dan para pembaca tak bosan dengan premis cerita yang diulang-ulang (akulah pembaca tu).

Keinginan utopia di tahun 2016: tidak akan menemui lagi cerpen tentang rumah warisan, barang pusaka, dan tanah nenek moyang.

~ Wan Nor Azriq

Ulasan

  1. Balasan
    1. Seram ni aku sebab editor dia dah baca entry ni hahaha.

      Padam
  2. Balasan
    1. Bukan dekat buku tapi fb dia. Ni link https://www.facebook.com/wan.norazriq/posts/1286937891331989

      Padam

Catat Ulasan

Jujurlah.

javascript:;

Catatan Popular